..accident..
bukan aku yg accident.. huhu.. minta dijauhkan la..
semalam, dalam perjalanan balik dari kelantan ke kl, kami terserempak dgn 3 accident.. ketiga-tiganya melibatkan kereta yang masuk ke dalam gaung / jatuh ke tepi jalan.. sangat ngeri..
kemalangan pertama dilihat di jalan menuju ke Gua Musang.. melibatkan 2 buah kereta.. kereta pertama hanya remuk di bahagian kanan depan.. kereta ke-2 jatuh ke dalam longkang (?) di tepi jalan.. time kami sampai tu, kereta tu dah sedia nak ditarik oleh tow truck.. keadaan pemandu kedua2 kenderaan, wallahu’alam.. tatau le.. tapi, kalo tengok keadaan kereta, rasanya mungkin cedera ringan je kot..
sewaktu hampir memasuki kawasan merapoh, hujan mula lebat.. ditambah lori balak yang teramatle banyak nya.. waaa.. dah la tak nampak jalan.. ada sekali tu, 4 buah lori balak berjujukan.. sebelum tu, ada sebuah kereta yg memotong laju.. hampir melanggar belakang lori yg sedang memotong jugak.. bunyi brek kecemasan agak kuat.. mujur takde apa2 yg berlaku.. lebih kurang sejam selepas tu, kelihatan kereta yang sama terbalik di dalam semak.. upside down.. adik ipar aku kata, pemandunya mungkin ok dan berjaya keluar sebab nampak cermin di belakang dipecahkan..
kemudian, semasa melalui Felda Kechau (shortcut utk ke Kuala Lipis), ada satu lagi kereta jatuh ke dalam gaung.. agak dalam gaungnya.. kelihatan tow truck sedang cuba tarik.. masa tu, hujan dah renyai-renyai.. tapi, jalan masih basah.. waktu tu pun dah masuk maghrib dan hampir gelap..
memang ngeri.. syukur kami bertolak awal.. sekurang-kurangnya sampai di Lipis waktu maghrib sebelum jam 8 malam.. kalo terpaksa melalui jalan “horror” tu bila malam, tatau le cemana jantung aku ni.. mau tercabut agaknya.. alhamdulillah selamat sampai di rumah lebih kurang jam 12.30mlm..
rasanya, dari tingkatan 1 aku asyik travel dari melaka - perlis.. masuk matriks, travel dari seremban - perlis.. masuk ukm, kerja, travel dr kl - perlis.. awal perkahwinan, travel kl - penang / penang - kedah - kelantan.. pastu, skrg ni, travel kl - kelantan - kedah.. itu la bilangan kemalangan yang paling banyak aku lihat dalam satu perjalanan.. huhuhu.. :((

